Bab 1
Dhia Qaisara masih lagi tidak dapat melelapkan mata. Hatinya mula risau akan
peperiksaan SPM yang bakal dihadapi tidak lama lagi.
Di kala ini semua pelajar lain sedang sibuk menelaah mata pelajaraan tetapi
tidak Dhia, dia lebih suka belajar secara berkumpulan daripada belajar sendiri.
“
Dhia, bakpo tak tidur lagi ni?
Esokkan sekolah.” Kata Datin Azizah kepada anak bongsunya.
“ Dhia
tak boleh tidur lah Mummy, Dhia risaukan
SPM yang semakin hampir.” Dhia tak buat gapo-gapo persediaan lagi untuk SPM tu
nanti.” Kata Dhia Qaisara sambil merebahkan kepalanya ke pangkuan Datin Azizah.
“ Dhia
jange risau, Mummy tau Dhia boleh buat yang terbaik. Sebelum ni pun Dhia tidak
pernah kecewakan Mummy dengan Daddy.” Datin Azizah terus memberi semangat
kepada anaknya.
“ Itu
lain Mummy, peperiksaan sebelum ini cikgu dah bagi tahu awal-awal soalan yang
bakal keluar. tapi kali ini Dhia perlu belajar dari awal sampai akhir.” Kata
Dhia Qhaisara.
Walaupun
Dhia antara pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Dato Mahmud Paduka Raja,
namum peperiksaan besar tersebut sanggat menakutkan siapa sahaja yang bakal
menghadapinya kerana peperiksaan inilah penentu hala tuju setiap pelajar.
“ Dhia
jange risau ya sayang. Nanti Mummy bincang dengan Daddy fasal ni. Mummy akan
carikan pusat tuisyen yang terbaik untuk anak mummy ni.” Kata Datin Azizah.
Mendengar kata-kata Datin Azizah, lega
sikit hati Dhia, memang dia perlukan tuisyen luar selain bergantung kepada
tuisyen yang telah diadakan di sekolah semata-mata.
“ Mummy,
apa kato kalau Dhia ambil kelas tuisyen kat Bandar Kota Bharu. Sebab kawan Dhia royak kat bandar Kota Bharu
ada satu pusat tuisyen bagus ngoti. Ramai pelajar-pelajar sebelum ini
mendapat keputusan yang cemerlang selepas mengikuti tuisyen di situ.” Tiba-tiba
Dhia teringat kawannya sering ceritakan fasal sebuah pusat tuisyen yang
terkemuka di Bandar kota Bharu.
“ Eh,
bakpo nak pergi jauh-jauh Dhia, kat Pekan Tanah Merah ni pun
bersepah-sepah pusat Tuisyen. Kalau tak cukup mummy boleh cari guru tuisyen
peribadi untuk Dhia sekali.” Datin Azizah berat hati untuk melepaskan anak
bongsunya untuk mengikuti kelas Tuisyen di Kota Bharu.
“ Boleh
lah mummy. Lagipun pusat tuisyen tu bagus. Ramai kawan-kawan Dhia dah daftar
kat sana.” Pujuk Dhia Qhaisara.
Pusat tuisyen Putra Kota Bharu merupakan pusat tuisyen yang terbaik. Walaupun
bayaran yuran agak tinggi, namun pusat tuisyen tersebut menjadi pilihan ibu
bapa untuk menghantar anak mereka memandangkan tenaga pengajarnya yang
berpengalaman dan terdiri daripada bekas-bekas guru ceemerlang yang menjadi
penggubal soalan dan pemeriksa peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM
dan STPM.
“
Nantilah mummy bincang dengan Daddy fasal ni. Kalau Daddy setuju mammy ikutkan
sahaja.” Kata Datin Azizah sedikit sebanyak memberi senyuman kepada Dhia
Qhaisara.
Datin Azizah keluar dari bilik Dhia Qhaisara dan kembali ke bilikknya.
Dilihatnya Dato’ Khairul masih lagi di menonton televisyen.
“ Abang,
Dhia ada minta dengan saya untuk mendaftarkan dirinya di Pusat Tuisyen Putra.”
Kata Datin Azizah.
“Eh
baguslah macam tu. nampaknya anak kita ada semangat untuk belajar.” kata
Dato’ Khairul.
“ Tapi
saya risaulah abang, bukan abang tak tahu pada zaman sekarang ni. anak-anak
pantang lepa, mesti ada sahaja yang dibuatnya nanti.” Kata Datin Azizah risau.
“Apa yang
awak nak risaukan,anak kita dah besar. Abang yakin dia mesti tahu bezakan apa
yang baik dan mana yang buruk.” Kata Dato’ Khairul.
“ Tapi
kan…”
“Dah tak
payah nak tapi-tapi lagi. Kalau awak risau sangat nanti saya minta Pak
Mat yang hantar dan jemput dia.” Kata Datuk Azizan becadang supaya
pemandu peribadinya untuk menjadi pemandu Dhia Qhaisara.
Sememangnya Dato’ Khairul dan Datin
Azizah sangat mempercayai Pak Mat. Pak Mat sudah dua puluh tahun bekerja dengan
Dato’ Khairul dan sejak Dhia Qhaisara
dilahirkan Pak Mat lah tempat Dhia bermanja kerana waktu itu Dato’
Khairul dan Datin Azizah sentiasa sibuk untukk menstabilkan perniagaan mereka
yang baru bertapak.
Tapi kini perniagaan Dato’ Khairul sudah
teguh dan stabil. Datin Azizah yang selama ini menjadi pembantu peribadi Dato’
Khairul kini sudah menjadi suri rumah
sepenuh masa untuk menguruskan anak-anak dan suami tercinta.
BAB 2
“ Dhia
betul-betul ke nak daftarkan diri di Pusat Tuisyen Putra.” Soal Dato’
Khairul kepada Dhia Qhaisara.
Dhia Qhaisara hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda mengiakan soalan
yang diajukan oleh daddynya.
“ Kalau
macam tu baguslah, tapi janji dengan Daddy tau. Pastikan Dhia belajar
bersungguh-sungguh. Daddy tak mahu Dhia hanya hangat-hangat tahi ayam.” Kata
Dato’ Khairul serius.
“ Dhia
janji Daddy. Lagipun ramai kawan-kawan Dhia yang belajar kat sana. Dia orang
semua kata pengajarnya bagus-bagus. Malah sentiasa memberi tips yang untuk
mengingati apa kita pelajari.” Kata Dhia Qhaisara.
Pada masa itu hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan Dhia Qhaisara. Dia tahu
Daddynya akan sentiasa memberi peluang padanya untuk belajar malah tidak pernah
menghalang dirinya untuk memajukan diri walaupun berhabisan ribuan ringgit.
Cuma kadang-kadang Dhia segan untuk meminta, dia lebih suka menggunakan Datin
Azizah sebagai pengantara.
“ Suka
lah tu daddy dah bagi green light.” Kata Datin Azizah sambil menuangkan
secangkir kopi buat suami tercinta sambil matanya memandang Dhia yang
sedang menikmati sarapan pagi.
“
Walaupun daddy dah bagi green light, mummy tetap ada syaratnya. Pertama Mummy
sendiri yang kena hantar Dhia ke sana setiap hari.” Kata Datin Azizah, tapi
kini matanya melirik kearah suaminya.
Bukan Datin Azizah tidak mempercayai Pak Mat, tetapi rasanya lebih baik dia
sendiri yang menghantar dan melihat sendiri kelakuan anak bongsunya itu kerana
sejak dari dulu dia tidak pernah berjauhan dengan Dhia Qhaisara.
“ Tak
susahkan awak ke nanti?” Soal Dato’
Khairul kepada isterinya.
“ Tiada
apa yang susah untuk anak kita ni bang. Bagi saya lagi menyusahkan jika perkara
yang tidak baik berlaku pada anak kita. Kota Bharu hari ini bukan macam dulu
lagi Bang, risau saya nak biarkan dia sendirian.” Terang Datin Azizah panjang
lebar.
“ Kalau
macam itu kata awak, suka hati lah.” Kata Dato’
Khairul lalu berlalu untuk ke pejabatnya.
Seperti biasa Datin Azizah dan Dhia Qhaisara akan bersalam-salaman dengan Dato’
Khairul sebelum Pak Mat menghantar Dato’
Khairul ke pejabat.
“ Mummy
Dhia pergi sekolah dulu yer.” Kata Dhia Qhaisara.
“ Tak nak
mummy hantarkan?” Soal Datin Azizah.
“ Tak
apa, Dhia naik basikal sahaja.” Kata Dhia Qhaisara.
Datin Azizah hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala melihat keletah anak
bongsunya. Tidak seperti anak bongsu org lain yang manjanya tidak bertempat.
Walaupun dhia Qhaisara mempunyai segala-galanya, namun dia tidak pernah hidup
bermewah-mewah dengan pemberian daddynya. Daddynya telah menghadiakan sebuah
kerata Honday Jazz selepas berjaya memiliki lesen memandu, Namum Dhia tetap
dengan basikal sahaja.
Sebab itulah Datin Azizah dan Dato’ Khairul sangat menyenangi Dhia Qhaisara
kerana dia lebih suka hidup bersederhana kerana kebanyakkan kawan-kawannya dari
golongan sederhana. Dhia Qhaisara tidak pernah menunjuk-nunjuk kemewahan yang
dimilik oleh ayahnya, Cuma kenalan rapat sahaja yang tahu siapa Dhia Qhaisara
yang sebenarnya.
“ Dhia,
macam mana mummy dan daddy bagi ke kau belajar kat pusat tuisyen tu?” Soal
Dilla kawan baik Dhia di sekolah.
“Kau
rasa?”
“ Aku
rasa tak, sebab mummy and daddy kau kan sayang gila kat kau. Mana sanggup
biarkan kau belajar jauh-jauh. Sedangkan kau nak pergi kem yang sekolah buat
pun dia tak izinkan.” Kata Dilla.
“ Tapi
kali ni kau silap, Daddy aku izinkan. Sebelum ni dia takk izinkan aku sertai
kem yang sekolah buat tu sebab dia risaukan aku lah. Tambah-tambah lagi pihak
sekolah selalu buat kem dalam hutan, lagilah mereka tidak izinkan.” Kata
Dhia Qhaisara.
“ Wah
untunglah kau Dhia. Kan bagus kalau aku dapat bersama-sama dengan kau.” Kata
Dilla. Apa yang pasti dia tidak akan dapat sertai kelas tuisyen yang bakal
disertai oleh Dhia Qhaisara.
Ibu bapa Dillah hanya bekerja sebagai pekebun, ditambah pula dia mempunyai
adik-beradik yang ramai. Mana mampu untuk membenarkan dilla mengikuti kelas
tuisyen berbayar.
“ Tak Apa
lah Dilla, nanti aku boleh bantu kau. Aku janji setiap apa yang aku belajar kat
sana akau akan ajar kau semula.” Kata Dhia Qhaisara.
Memang sejak dari kecil lagi Dilla dan Dhia akan belajar bersama-sama. Malah
mereka lebih dari adik beradik. Dhia langsung tidak loket untuk berkongsi barang-barang
miliknya bersama dengan Dilla.
“ Betul
ke ni?” Soal Dilla seperti tidak percaya.
“ Betul
lah, kan Ilmu ni kalau kita berkongsi dia akan jadi semakin banyak. Sebab tu
cikgu-cikgu kita semakin pandai sebab mereka ajar kita. Dulu pun mereka macam kita
juga.” Kata Dhia Qhaisara sambil ketawa.
“ Kau
jangan cakap macam tu, kalau Cikgu Ramlah dengar apa yang kau cakap ni berbirat
pungung kau nanti disebatnya.” Gurau Dilla, sengaja nama guru disiplin
sekolahnya disebut kerana Cikgu Ramlah sangat digeruni oleh pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Dato Mahmud Paduka Raja.
Gurau Dilla hanya disambut oleh derai tawa antara dua sahabat tersebut.
BAB
3
Dhia Qhaisara menapak masuk ke dalam
kelas. Hari pertama belajar di pusat tuisyen itu membuatkan Dhia rasa kekok
ditambah pula dia langsung tidak mengenali teman-teman sekelasnya yang lain.
Dhia mula mencari-cari tempat-tempat
kosong yang terdapat dalam kelas tersebut tetapi gagal. Walaupun banyak kerusi
kosong, pelajar di kelas tuisyen berkenaan mengatakan bahawa tempat tersebut
milik pelajar lain.
“
Awak boleh duduk disini itupun kalau awak sudi.” Tiba-tiba Hilmi berdiri dan
menarik kerusinya untuk memberi tempat tersebut kepada Dhia.
“
Habis tu awak nak duduk kat mana?” Soal Dhia.
“
Kat mana-mana sahaja. Lagipun awak orang baru kan. Saya yakinmesti ada pelajar
yang tak hadir.” Jawab Ilmi sambik berlalu mendapatkan tempat di sebelah salah seorang pelajar lain.
Seperti apa yang dikatakan oleh
Hilmi, memang masih banyak tempat kosong walaupun kelas sudah bermula. Semasa
sesi mengambil kedatangan, barulah dhia sedar hamper separuh pelajar tidak
hadir padam malam tersebut.
Setelah selesai kelas pertamanya,
Dhia pergi mendapatkan Hilmi untyuk mengucapkan terima kasih kepada lelaki
tersebut.
“
Awa…awak..” Panggil Dhia.
Sebaik mendengar suara Dhia, Hilmi
terus menoleh kearah suara yang memanggilnya ketika menuruni tangga.
“
Ya saya ke?” Soal Hilmi.
“
Ak ah awak, saya nak ucapkan terima kasih sebab bagi saya duduk tempat awak.”
Kata Dhia.
“
Saya Hilmi Qhusairy. Panggil sahaja saya Hilmi.” Hilmi perkenalkan dirinya
tanpa dipinta oleh Dhia.
“
Saya Dhia Qhaisara.” Giliran Dhia pula memperkenalkan dirinya.
“
Saya tahu.” Jawab Hilmi bersahaja.
“
Awak tahu nama saya? Tapi macammana?” Soal Dhia hairan kerana dia tidak pernah
berkenalan dengan mana-mana lelaki sebelum ini.
“
Saya tahu sebab tadi tutor panggil nama awak.” Kata Hilmi sambil tersenyum.
Dhia Qhaisara mula tertunduk malu,
barulah dia sedar dari tadi Hilmi hanya memerhatikan dirinya sepanjang kelas
berlangsung.
“
Awak..”
“
Hilmi lah, jagan panggil awak-awak sia-sia sahaja ayah saya bagi nama cantik
tapi Dhia panggil awak-awak je. Dah macam pisang awak abu pula bunyinya.” Kata
Hilmi bergurau sebelum Dhia menghabiskan kata-katanya.
“
Maafkan saya Hilmi, tapi macammana Hilmi tahu ramai pelajar tidak akan datang
malam ni?” Soal Dhia.
“
Bukan malam ni sahaja, tapi malam-malam sebelum dan selepas ini memeng selalu
macam ni.” Kata Hilmi.
“
Tapi kenapa? Rugilah dah bayar mahal-mahal tapi tak datang kelas. Kasihannya.”
Kata Dhia.
“
Ha.. sebab itulah mereka tak datang. Sebab yuran kat sini mahal sangat. Tak
semua orang mampu untuk membayar yuran setiap bulan. Jadi mereka yang tidak
selesaikan bayaran bulan lepas tidak dibenarkan untuk masuk kelas pada bulan
ini.” Terang Hilmi panjang lebar.
“
Kasihannya mereka. Kalau aku tahu siapa dia mestia ku minta Daddy bantu.” Bisik
hati Dhia.
“
Dhia awak sekolah kat mana?” Soal Hilmi.
“
SMK Dato Paduka Raja, pasir Mas.” Jawab Dhia.
“
Eh jauhnya, awak datang dengan apa? Kenapa dekat Pasir Mas tak ada pusat
tuisyen ke?” soal Hilmi hairan kerana begitu jauh Dhia datang untuk menuntut
ilmu.
No comments:
Post a Comment